Kemalangan Kecil, Kuat Semangat - CIK MIL MILA

Friday, April 19, 2013

Kemalangan Kecil, Kuat Semangat

Seperti yang ramai dah tahu, saya sekeluarga diuji dengan kemalangan yang menimpa anakanda saya yang sulung, Nurin Hidayatullah. Kemalangan kecil saja sebenarnya, tapi memandangkan pertama kali berlaku, maka agak tak keruan juga dibuatnya.

Semalam, hari Khamis, saya pulang dari pejabat agak tepat pada waktunya. 'Excited' hendak berjumpa dengan anak-anak dan suami. Jarak dari pejabat ke rumah cuma 11km sahaja. 5 minit memandu saya mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Pemanggil memperkenalkan diri sebagai Teacher Ida. Masa tu saya sudah rasa ada yang tidak baik berlaku. Teacher Ida memulakan perbualan dengan berkata

"Mama Nurin jangan panik yer"

Saya yang tak panik pada mulanya jadi panik juga!

Teacher Ida kata Nurin bermain dokong-dokong dengan kawan-kawan. Tiba giliran dia di dokong, kawan dia hilang kawalan dan Nurin jatuh. Kepalanya terkena bucu dinding simen yang sudah pun pecah. Teacher Ida pesan supaya saya tidak risau. Luka kecil sahaja katanya.

Dalam hati , saya istighfar banyak-banyak. Saya tenangkan fikiran dengan yakin saya kata dalam diri, Nurin tidak apa-apa. Luka kecil saja.

Oleh kerana saya agak pulang agak awal dari biasa, saya menghubungi en suami, mungkin dia juga sudah dalam perjalanan mengambil anak-anak pulang dari sekolah. Rupanya dia masih di rumah. Saya ambil suami di rumah dan terus ke sekolah.

Tiba di sekolah, Teacher Sumi (pengasuh di transit) mengkhabarkan yang Nurin masih di rawat di Klinik Hafiz, Putra Perdana. Kami bergegas ke sana dengan segera.

Setibanya di klinik, saya terus masuk ke bilik rawatan. Memang dia seorang sahaja yang sedang dirawat. Saya agak terkejut melihat bajunya penuh dengan darah. Kapas-kapas juga merah belaka, digunakan untuk mengelap darah Nurin. Ingatkan doktor buat 'dressing' tapi doktor yang baik itu kata,

Selepas kepalanya dijahit


"Bukan dressing Puan, 3 jahitan. Lukanya dalam dan besar"

Astagfirullahalazim. Saya kehilangan kata-kata. Rasa macam nak menangis tapi saya tahan. Peliknya saya tidak mendengar suara Nurin. Dia tidak menangis sejak saya datang. Mungkin dia puas menangis semasa kemalangan berlaku. Tangan saya menggigil. Saya keluar dari bilik rawatan mengumpul kekuatan. Sekejap sahaja.

Berkali-kali saya beritahu Nurin, yang dia anak yang kuat semangat.

Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari klinik


Betul, sepanjang malam dia tidak merengek kesakitan. Dia makan agak banyak juga. Hasil air tangan papa dia. En suami masak Ayam Masak Lemak Cili Padi, tidak terlalu pedas untuk anak-anak. Bila tiba masa untuk makan ubat, dia buat muka sedih.

Ubat tahan sakit dia makan dengan perlahan. Bila tiba masa makan antibiotik dia tak mahu. Dia rasa sedikit, dan mahu muntah. Beginilah drama setiap kali mahu makan ubat terutamanya antibiotik. Penat kami pujuk, dia tidak mahu dan menangis.

Setelah mendapat konsultasi mentor Shaklee saya Janet sarankan saya memberikan Nurin vitamin-vitamin Shaklee iaitu Vita C Chew, Vita-Lea untuk kanak-kanak dan Zink.Yang mengejutkan, Nurin kata dia lebih sanggup makan vitamin-vitamin Shaklee dari makan antibiotik busuk itu. Muahahhaha..saya tak tahu hendak gembira atau sebaliknya.


Malam tadi Nurin tidur lena. Saya pula yang bangun sekali sekala memeriksa suhu badan dia. Tiada demam. Tapi dia berpeluh-peluh. Sedangkan kami kesejukan dalam hawa dingin. Mungkin kesan vitamin-vitamin itu.


Pagi ini Nurin ceria. Selepas menghantar adik Alya ke sekolah kami melepak di kedai mamak. Makan sarapan dan pulang ke rumah. Rehat.

Taksub dengan Vitamin Shaklee....hehe

Selepas balutan dibuka-close up jahitan di kepalanya



4 comments:

  1. hadoii la kakak nurin..3 jahitan kene. Semoga cepat sembuh ye nurin !! hehe.. gmbar luka tu even kabur sikit pn still xleh tgk rasa nk muntah kecut perut erkkkk..

    ReplyDelete
  2. ida>mak dia lagi kecut perut nak tengok. tp xder choice kene tgk jugak. dia kata tak rasa pon masa kena jahit..

    ReplyDelete
  3. Panjang jugak jahitan kat kepala nurin..nasib nurin kuat semangat..Alhamdulillah..Moga cepat sembuh syg!! :)

    ReplyDelete
  4. una> thnx darling, dia memang kuat semangat. alhamdulillahh

    ReplyDelete